APAKAH PENILAIAN?
Penilaian merupakan satu proses
untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses
menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah
mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Dengan demikian, penilaian
merujuk proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang
sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasildaripada
pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. Contohnya, Nazrin yang
mendapat markah sebanyak 90% dalam sesuatu kemahiran bahasa mungkin dinilai
sebagai mencapai tahap cemerlang dan Fiqah pula yang mendapat jumlah markah
sebanyak 10% mungkin dinilai sebagai berada pada tahap yang sangat lemah. Jadi,
perkataan cemerlang, baik,sederhana, lemah atau sangat lemah yang digunakan
dalam konteks ini adalah sebenarnya istilah penilaian yang diberikan secara
kualitatif yang berasaskan pengukuran dan markat yang diperoleh dalam bentuk
kuantitatif.
Dari itu penilaian boleh
dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif dan /
atau kuantitaif. Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian
dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun,
diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau gambaran yang lebih mudah
difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan, mungkin
tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan
perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata. Dalam contoh di atas,
Nazrin telah menunjukkan kemajuan yang amat baik atau cemerlang dalam kemahiran
bahasa.
Penilaian juga merupakan satu
proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan,
perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Penilaian
adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.
Oleh yang demikaian, guru
memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan
membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan
perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment