Wednesday, March 25, 2015

PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

    Ciri-ciri:

© dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
© dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.
© bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
© dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
© maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
© Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif 

1) Menentukan topik pembelajaran.
© Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.
© TIopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
© Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
© Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.

2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
© Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.
© Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
© Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
© Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
© Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4) Membentuk soalan ujian.
© Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
© setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5) Mencadangkan langkah susulan.
© Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.
© tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
© Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:



  1.  Memperbaiki pengajaran pembelajaran
  2. Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran
  3. Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
  4. Menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan.
  5. Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
  6. Mengubah suai pengajaran seseorang guru.
  7. Guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
  8. Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

CONTOH PENILAIAN FORMATIF


Pelajar membuat latihan yang diberikan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

Pelajar menjalani ujian tidak formal yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran

No comments:

Post a Comment