PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun) yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:
© lebih
menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
© untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan
digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
Langkah-langkah membentuk ujian
sumatif:
© Membentuk
jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan
objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya.
Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan
keputusan yang diperolehi.
© Menggubal
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap
item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
© Mengumpul
item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama.
Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan
sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras
kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras
lebih tinggi.
© Menyiapkan
skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
© Menyediakan
arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab
setiap soalan yang dikemukakan.
© Menguji
item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi
memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh
dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item
berkenaan.
© Menganalisis
item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item,
daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan
berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat
berperanan dengan baik.
Tujuan:
© membantu
murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
© memberikan
gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam
peperiksaan yang diadakan.
© mengiktiraf
kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang
diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
© dijadikan
petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
© memperlihatkan
peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.
No comments:
Post a Comment